Optimistic? Penting sangat ke? Yes memang penting! Kalau kau nak achieve success, mesti kena aim high dengan kata lain be optimistic.
Alhamdulillah, perkataan optimistic ni memang tak pernah lari dari falsafah aku. Tak kisah la orang nak kata apa.Yang penting aku dah set vision aku dan my vision mestilah the highest yang I can achieve. Tapi optimistic tanpa usaha and du'a memang tak akan membuahkan hasil apa apa. Setakat angan angan kosong je. Nak senang cerita boleh disimplekan sebagai sembang lebat. Haha
Semuanya bermula sejak aku di sekolah menengah lagi dimana aku btemui formula kejayaan ni iaitu Doa + Usaha + Optimistic. Boleh disimplekan sebagai DUO. Cadangnya nak buat OUD haha sorry afiq masoud. Mana pergi tawakkal? Bagi aku tawakkal tu dah dimasukkan sekali dengan doa. Sebab bila kita dah doa mesti lah automatic bertawakkal kan haha. So bila kita dah ada vision, walauapapun vision kita, semuanya boleh tercapai kalau ada dua elemen lagi ni. Usaha and doa.
Kesedaran aku pasal formula DUO ni *acah acah macam Kaedah Dr. Malek haha* telah disedari masa aku form 5. Time form 4 dulu aku selalu berangan angan nak top 5. Tapi usaha kurang and doa kurang, walau sehebat mana pon dream aku, ofc impossible nak dapat, So bila form 5, dah dicampakkan ke kelas Bougainvillea still benda ni berlaku. Sembang lebat ribut bagai tuh. Haha Sampai la ke pertengahan tahun, di mana result aku menurun gila.sampai menangis aku haha
Since that time, baru aku sedar, aku kena tingkatkan usaha aku and berdoa setiap hari. Berdoa yang aku nak 9A dalam trial SPM. Aku jugak baru sedar yang study upper form bukan macam lower form dulu dan aku bukan lah genius. Alhamdulillah time tu gak la aku sedar yang aku ni bodoh haha. Then aku berusaha gila gila such as stay up, buat exercises and berdoa setiap hari. Terutamanya buat solat hajat and baca al-Quran. Kalau nak doa kita makbul jugak, time sujud akhir tu untuk apa apa solat, hajatkan segala permintaan kita, Ingat, waktu kita sujud tu la waktu kita paling rapat dengan Allah. Alhamdulillah aku berpuas hati dengan usaha dan doa aku.
1 month after trial, maka keluar lah result. Cuba teka macam mana my result? Haha Patutnya aku dapat 6A je. Tapi sebab doa aku, alhamdulillah Allah tolong aku. Biology aku dapat 69, tiba tiba ada cikgu salah tanda jawapan. So dapat naik 70. Hehe And physics pulak, aku dapat 67. Aku berjuang dengan cikgu untuk tambah markah, cari jawapan yang sepatutnya betul, dapat la gak 70. Dan lastly, yang paling epik, aku berjuang untuk chemistry. Dapat 67. Mula mula cari, dapat tambah sampai 68 je. Aku dah putus harapan. Punah harapan nak dapat 9A. Ambil kertas kawan kawan check, still tak dapat. Aku terdiam je, mengenangkan nasib aku. Haha Tiba tiba, hati aku terdetik nak tengok kertas kawan aku ni, namanya Bidor. Haha Usah tanya kenapa nama dia macam tu. Check check rupanya ada correction. Alhamdulillah aku dapat 9A.
Hahaha semenjak tu aku dapat gelaran pemburu markah yang handal. Tapi peduli apa aku. Ramai je yang try nak minta tambah, tapi tak dapat. Alhamdulillah doa yang tak putus putus aku tu dah membantu aku. Result trial aku ni pulak telah membolehkan aku berada dalam Top 20. Bersyukur sangat sebab banyak program yang aku join. Sayangnya result trial aku ni not good enough, sebab kebanyakan scholarship trial nak 8A's.
Time ni la, aku baru sedar tentang relation DUO ni. Aku dah usaha, aku dah doa tapi aku punya vision hanyalah untuk 9A je. Dapat lah 3A+ 6A-. 6A- tu semua 70. Memang cukup cukup 9A. Haha Why not aku target tinggi lagi? Kenapa 9A? Haa lepas trial tu, aku terus ubah vision aku dan doa setiap hari untuk dapat 9A+. Sebab aku tahu, kalau ada DUO ni inshaa Allah semuanya boleh dengan izin Allah. Alhamdulillah OUD ni menjadi, aku dapat 6A+3A. Sikit lagi nak dapat 9A+. Mungkin untuk aspek DUO, usaha aku setakat 6A+ je dan aku redha dengan ketentuanNya. Walaupun rasa impossible nak dapat 9A+, takpe guna lah DUO ni dan yakin la pada Allah. In shaa Allah kita akan dapat result terbaik untuk kita.
Alhamdulillah |
*Aim for the moon, if you miss, you may hit a star. :)
0 comments:
Post a Comment