Macam mana terbenak dalam fikiran nak apply course ni? Dah la lepu math, ada hati nak enroll dalam bidang ni. Haha Sebenarnya tujuan aku apply scholar ni hanya untuk mengutip pengalaman pengalaman berharga untuk interview. Lepas terlupa nak apply untuk JAD MARA, baru sedar yang kita apply je semua scholarship regardless course yang dioffer. Kutip je pengalaman sampai kita jadi mantap untuk scholar yang kita aim.
Tatkala aku sedang berdukacita sebab terlepas interview JAD MARA, tiba tiba ada peluang di hadapan mata iaitu application untuk MNRB scholarship. But kena construct 500 words essay tentang kenapa kita pilih actuarial science and career plan kita. Ah, kali ni walauapapun halangan aku tetap gak nak apply scholarship ni walaupun math hancur haha. Jadi dua hari before dateline that is 3 January, I worked my socks off to construct the essay sampai tak tidur satu malam. Then 3 weeks later, alhamdulillah my efforts telah dibalas. MNRB telah memanggil aku untuk interview pada 2 March 2015. One day before result SPM. Interview vs result SPM? Mana lagi cuak.Haha
Bila hari interview, aku dah la kena gerak awal dari rumah sebab tempat nya dekat KL. Nasib baik pukul 3 petang. Ayah pulak sanggup ambil cuti sebab nak hantar pergi anaknya pergi interview. Kawan kawan pulak tak ketinggalan wish good luck to me. Terharunya. Tapi interview nya macam mana? Quite hancur sebab first time experience haha. Untuk interview ni, pelajar akan dibahagikan kepada kumpulan yang terdiri daripada 3 pelajar, So aku dapatlah satu group dengan amoi MRSM JB and minah SMART Kuantan. Semuanya senyap je. Sebab nervous. Haha
Then, bila turn kami untuk interview, aku lead the way ketuk pintu dan dengan ayunya mengucapkan salam kepada panel interviewer yang terdiri daripada dua orang. Aku dah ready nak bagi file resume aku kat interviewer tapi dia tak minta. Alamak, maksudnya susah la macam ni diorang nak kenal kita. So soalan pertama dia ialah "Tell us about your family background and career plan". Jadi aku pon volunteer dan mula lah merepek meraban.Rata rata nya semua nak study overseas padahal kuota buka untuk 2 orang je. Aku target belajar di UK. Haha And then the second question pasal "Kenapa kita nak sambung belajar di uni tu dan kenapa UK bukannya US". Haa yang ni memang terpaku sikit sebab sistem UK and US memang lain haha. Aku jawab la sebab sana boleh jawab professional paper awal dengan confidentnya, Tiba tiba dia tanya berapa banyak? Hahaha then aku jawab 8 padahal dia kata 15 hahahaha. Mana la aku tau pasal course ni haha.Begitulah sadisnya pengalaman interview aku. And lastly ketika sesi Q&A, aku ada gak la menanyakan soalan yang bernas. Tapi time tengah rancak bersuara, tiba tiba ada perkataan 'kot' terkeluar hahaha Ooops MANGLISH ALERT!!! haha Ketika itu, bilik tu menjadi senyap seolah olah sedang mengamati jawapan Manglish aku tu. Haha Jadi berakhirlah interview aku. Bila aku nak keluar, aku nampak bapak aku tengah sembang dengan pak cik ni.Rupa rupanya dia ni dato' dan anaknya satu group dengan aku. I was like, "Woi, dah kaya nak menyibuk mintak scholarship apa lagi. Kami mahukan keadilan. haha lol"
Conclusion, my prestasi time interview ni memang hambar, bukan sebab tak dapat speaking fluently, tapi sebab gagal meng highlightkan content content yang penting. Antaranya pencapaian koku aku. So next time bila ada soalan tell us about bla bla.. tembak je semua pasal diri kita, sebab takut kita tak berpeluang nak bagitau pencapaian kita lepas tu. Plus, cari la info yang secukup nya tentang bidang yang kita minta supaya tak blurr nanti. In shaa Allah belajar daripada pengalaman. Mudahan experience ni membuatkan aku lebih ready untuk next interview.
dpt ke scholarship tu?
ReplyDeleteTak dapat hahah
Delete