Just Be Yourself! Bank Negara Interview

Bank Negara Kijang Scholarship. Something yang tak pernah aku bayangkan selama ni. Alhamdulillah aku diberi peluang untuk menghadiri interview one of the most prestigious scholarship in Malaysia! Yeah for 3 days 2 nights at Lanai Kijang Academy, Kuala Lumpur. A five class academy I think hehe


   Actually first time aku menjejakkan kaki aku di sini, memang rasa down gila. Memang la, tengok ramai non bumi and rakan rakan yang lain semuanya pandai speaking. Hmmm. Tapi mengenangkan pengorbanan ibu ayah aku yang sanggup hantar jauh ke sini, yeah, i need to do my best. I want them to smile. At least sebab  aku dah buat terbaik untuk interview ni. Itu lah ikrar aku and plus my DUO hehe

    Alhamdulillah aku telah ditempatkan di bilik 531 bersama Zack iaitu ex SMAP Kajang. Wah alim gitu. Lagi la rasa malu gila nak compare dengan aku yang hanyalah sekadar imam terawih express Sesta haha. Tapi rupanya dia pon dua kali lima aku je haha.

    Okay malam first tu, aku termasuk dalam kumpulan 6 consist of 8 orang. Ada 11 kumpulan sana. Semua orang dekat camp ni, pandai pandai, gifted and speaking gila sampai tak reti nak cakap melayu. Tapi aku sebagai ikan remora yang berenang di bawah ikan jerung ni, tak boleh kalah. I need to show them what I have! Alhamdulillah group aku semuanya okay, supportive and no doubt diorang pun hebat semuanya.

   Okay masuk hari Sabtu, mula la group assignment. Ada 4 stage and process tu dibuat seharian from 8 am to 5 pm. Penat bak ang haha. Jadi setiap group ada assesors yang monitor our progress throughout the day. Jadi one of the assesor kami adalah Redza Minhat actor tu. Sebenarnya dia MCOBA and works at Bank Negara. Respect !

   Sepanjang 4 group assesments ni, memang seksa! Masa kasi sikit gila and semuanya berkaitan business, calculation and data given. Except activity 1 di mana kami kena introduce our friends and then kena jadi caunsellor untuk menyakinkan murid murid untuk ambil course kami. Hehe Yang lagi 2 berkaitan business and memang susah yang teramat, nasib baik kami withstand it. And last activity about kena bina something from straw. Guess what? Project kami ni tak jadi. Yang lain semua jadi ! Tapi disebabkan kalau berkaitan mempromosikan barang ni aku 'pro', aku step up and make a joke about our product. Chill haha

   Malamnya pulak, perghhh macam akademi fantasia weh haha. 40 calon out of 100 diumumkan untuk next stage. Alhamdulillah. Nama aku disebut. Syukur sangat. Hehe. Rezeki. Maybe sebab my confident or maybe sebab aku hensem lagi daripada Redza Minhat lol .Roommate aku pon dapat. Maka kami pon ready ah semalaman untuk practice untuk final stage ni. One on three interview. Mula mula kami kena present satu tajuk. Prepare 20 mins. Alone! And then kena present depan panels and proceed with formal interview around 1 hour something, Perghh hehe. Jadi how's the result? Tunggu April nanti. In Shaa Allah i'll keep praying.

   Actually aku tak sangka aku boleh lepas final stage. Dengan speaking terabur semua. Aku pon ragu ragu terhadap diri aku. Perlu ke aku duduk diam dalam group ni or perlu ke aku menyerlah? Aku pon selalu tanya orang yang berjaya interview about the tips untuk interview. Nak sangat jadi macam diorang. Tapi, aku terfikir sesuatu. Perlu ke aku nak jadi orang lain? Perlu ke aku nak mengubah diri aku semata mata untuk interview ni? Ayat mudah. Just be yourself. Yes, sometime kita tak sedar yang dalam diri kita ni ada satu lombong talent yang still tak diteroka oleh ourselves. So, how to acquire it? Believe in yourself and be confident! During the group assesment peduli apa aku orang lain gempak. Aku pon gempak haha Peduli apa aku language aku terabur, Asalkan aku confident ! Yeah aku memang berjaya present my project dengan jayanya. Alhamdulillah, siapa kata orang duk kampung macam aku tak leh berjaya speaking in English hehe

    Plus, the way to excel in group interview is make it fun for you.Yup, buat je macam discussion biasa kat sekolah. Involve in discussion and make your group lively. So actually ada dua role that you can play as a team player:-
-Firstly, kalau pendiam and pemalu, kau boleh menyumbangkan idea yang bernas and involve kan diri juga dalam discussion.
-Second, be a moderator kalau kau ni suka bercakap. Bukan maksudnya conquer. Lead your group and ask opinions from your groupmates and yourself. Jangan lupa kau juga orang yang memastikan takde teammates yang berdiam diri and takde yang terlebih cakap hehe.

   So, buatla banyak kawan especially group members. Kamching dengan diorang kalau boleh before start activity. That is important to build chemistry. Kasi idea yang padu and jangan mencelah bila your friend present. Sabar. Jangan sailang hak orang lain. Haha Melainkan dia tak tahu and blank gila. Sentiasa senyum time present and pastikan senyum tu ada orang. Jangan senyum sorang sorang. Itu bermakna anda gila. Haha And lastly, tunjukkan your interest terhadap scholarship tu and tahu banyak pasal course kau plus apa sumbangan kau terhadap mereka. In Shaa Allah berjaya.

Doakan kejayaanku. Terima kasih


    Group 6 :)


1 comments:

  1. Ohooo...your word inspire me...thnks a lot!!😃😃😃

    ReplyDelete

 

Quote

"Fall seven times, stand up eight"

Follow me!