You're Goood Enough?

 Well alhamdulillah sudah 5 bulan aku telah free from digelar budak sekolah. Mulalah gelaran baru diberi kepadaku iaitu penganggur yang kian mereput di rumah ni lol ! Orang tanya tak rindu sekolah ke? Semestinya tak sebab dekat je rumah haha. Tapi sesungguhnya aku amatlah merindui life dekat sana. Belajar, lepak dengan sahabat, beriadah and beribadah. Alhamdulillah banyak perkara yang aku belajar kat sana terutamanya ibadah.

 Solat berjemaah lima waktu, membaca al quran setiap hari, solat hajat setiap malam, mendengar ceramah and berqiamullai *kadang kadang ye hehe*, semua tu peluang yang aku dapat time aku bergelar menjadi pelajar SESTA. Alhamdulillah bersyukur sangat. Tapi bagaimana pula dengan ibadah aku sekarang, semestinya berbeza dan aku terasa amat sedih. Sedih kerana kebanyakan amalan aku di sana, tidak dapat dilakukan di rumah despite banyak waktu free kita untuk beribadah kepada Allah di rumah ni. Kalau solat berjemaah tu, mungkin faktor tiada ugutan from tuan pengetua? Haha

 Kenapa jadi macam tu? Jawapannya mudah. Leka dan terus leka dengan hiburan duniawi ni. Itulah ujian Allah kepada aku, dan mungkin juga anda? Alhamdulillah, aku cuba untuk terus beristiqamah melakukan certain ibadah, at least sehelai muka surat al quran sehari. Itulah usaha aku untuk terus beristiqamah. Tapi kadang kala aku terfikir. Adakah cukup semua ibadat aku tu? Allah telah banyak beri kejayaan kepada ku. Adakah cukup ibadah kita tu kalau nak dibandingkan dengan nikmat Ya Allah beri? Tepuk dada tanya iman. Alhamdulillah Allah telah beri peluang kepada ku untuk memperbaik diri kita menjadi insan yang kamil. In shaa Allah aku cuba untuk mengubah diriku serta memperbanyakkan lagi amalan ku. In shaa Allah.

Mudah mudahan segala kejayaan tidak menjadi suatu istidraj untuk diriku :)


1 comments:

  1. Yup.. Indeed istiqamah dlm ssuatu perkara itu sukar.
    Iman kene taff! In shaa Allah will b ease...
    N one more, suasana tarbawi tu bkn dgn hanya duduk lenggang + goyang kaki. Ttp, kita kene sentiasa hidupkan. Andai ia semakin pudar, usaha utk semarakkan kembali.
    *Allahu..

    ReplyDelete

 

Quote

"Fall seven times, stand up eight"

Follow me!