Okay al-kisah, pada awalnya my dream adalah nak menjadi orang yang balance dunia akhirat. Dunia jaga, akhirat jaga. My parent teringin nak tengok aku jadi imam muda. So bila nak apply SBP pon, I applied SBP Integrasi Gopeng. Tapi sayang cahaya keimanan aku gagal untuk menarik perhatian sekolah itu. Lewlss. Consider takde rezeki nak masuk SBP. Agak sedih. Aku pon tak apply untuk second intake sebab touching dengan SBP tak pilih aku despite kecemerlangan aku yang excel in koku and academic time sekolah rendah. *Macam la SBP tu kisah kan haha. Then, mintakla MRSM Lenggong, sekolah abang aku. But, still direject dengan penuh kejamnnya.
Jadi, aku pon mengambil keputusan untuk belajar di SMKA Slim River. Sebuah sekolah yang banyak memori walaupun 5 months je di situ. I learnt a lot of things about life there. Interacting with new friends, seniors and teachers. Yeah, seniors di sana pon sempoi sempoi. Aku pon kamcheng dengan diorang. Ukhwah sesama alumni and students sana pon memang padu.
Time di SMKA, riadah aku tak lain tak bukan bermain chess. Sekolah ni memang kebanyakannya student dia gempak gempak chess. Aku pulak pernah wakil daerah time sekolah rendah so aku dapat la dipilih untuk develop my chess skill there. Through chess la aku dapat kenal orang macam abang Pojan, abang Rahman and ramai lagi !
Then, around March tiba la satu offer for me untuk second intake for MRSM Bentong.Kawan kawan aku yang lain gak ada yang dapat offer tu tapi di sekolah lain Aku memang dalam dilema sebab sayang gila kat SMKA tuh.So gap nak buat decision untuk ke sekolah tu memang lama sebab kena bagi jawapan before habis cuti one week. Tapi before start cuti aku dah made a deal dengan kawan baik aku di SMKA iaitu Aiman yang dapat the same offer as me. "Bro,aku pi la MRSM tu. Jom la join" pujuk aku.
Bila time cuti, dilema semakin menyelubungi aku. Nak pilih antara dua darjat. Cewah. Haha. So aku pon bertanya di facebook regarding on my problem. Asking opinion from my seniors and friends.Aku pon buatla solat istikharah for 3 straight days. But still couldn't find the answer.So parent aku bawak la aku pi jenguk MRSM tu. Ya Allah! Dah la jauh. Nak roboh pulak tu! So I made a decision to stay in SMKA. Yeah, rasa bersalah dekat Aiman sebab balik sekolah tak nampak dah muka dia. Sorry bro heheh.
Lepas cuti pulak, makin ramai kawan nak tinggalkan kami di SMKA ni. Aku cuba prevail la kawan kawan yang nak pindah ni. Actually diorang dapat offer untuk first intake SESTA. Aku pujuk la gila gila diorang ni and berjaya. Diorang rejected the offer. Kami dah berjanji setia nak stay dekat SMKA. Haha poyo.
Sayang seribu kali sayang, time bulan 5 my parent told me that yang aku dapat offer untuk 2nd Intake SESTA. Tuesday. Masih ingat hari tu. Parent aku datang ke sekolah tu nak fetch me tapi aku kata kat parent aku yang aku nak stay. I love to stay here. Tapi last last aku terpaksa pindah sebab from Selasa to Jumaat tu, dalam 3 kali parent aku datang nak pujuk aku pi sana. Hmmm. So I respected my parent's decision so aku pon pindah la from SMKA. Tak disangka menitis air mata lelakiku membasahi pipiku ini. Maybe bukan basah, banjir kot haha. Hari Jumaat tu keluar, hari Jumaat tu la gak masuk SESTA heheh. Tak kering lagi air mata. Heheh *Sorry ye to kawan kawan yang aku pujuk tak yah pi SESTA tu hehe*
Well Alhamdulillah. After 5 years memang tak disangkal lagi, aku memang ditakdirkan to be a SESTARIAN.Memang time istikharah aku tak nampak nak pilih whether between MRSM and SMKA.Tak disangka jawapannya bukan one of the schools tapi SESTA. Kalau I stay di SMKA mungkin aku akan mewakili Malaysia in Chess. Kalau I stay di SMKA jugak maybe aku akan jadi orang yang banyak ilmu dalam agama. Tapi rupa rupanya di SESTA la aku berjaya capai banyak kejayaan and amalan agama aku pon terjaga. Plus rakan rakan serta guru guru yang supportive. Alhamdulillah, thanks Allah, ibu dan ayah, teachers and my beloved friends. TBZ 1014. Kami sangatlah hampir nak mencapai impian kami iaitu 9A+ SPM. Doakan kami.
0 comments:
Post a Comment