Minoriti

Sunyi, hilang arah, stress dengan pelajaran,rasa macam jauh sangat dengan Tuhan. Yes semua ni pernah aku rasa lagi lagi bila aku mula melanjutkan pelajaran di Durham University ini. Komuniti melayu yang kecil, satu satunya student melayu dalam class, kesusahan nak berkomunikasi dengan classmates, tak faham langsung apa yang diajar dekat university, family+sumber inspirasi+kawan kawan baik semuanya jauh, ya Allah peritnya hidup aku.

Tapi Alhamdulillah, hidup aku bertambah baik disebabkan ada suatu hari, aku rasa sunyi sangat. Jadi aku mengambil keputusan untuk meluangkan masa lebih sikit di masjid uni aku. Masjid kecil yang boleh memuatkan 100-200 orang je tapi memberi banyak makna kepada aku.  Di situ aku ada jumpa ramai sahabat yang telah menceriakan hidup aku di sini. Indahnya islam ni, tak kisahlah warna kulit gelap or cerah, arab atau africa, semuanya mementingkan ukhwah. Walaupun Muslim di sini minoriti, tapi aku boleh describe yang diorang memang berquality. Kebanyakannya golongan professional. Mereka berpusu pusu nak buat kebajikan dan selalu bagi peringatan kepada brothers yang lain. Walaupun ada budaya yang tak dapat dicontohi like kasar dan pemalas, tapi i would say that they’re really good. 

Ini bukti yang Muslim di negara barat ni lebih baik berbanding negara Muslim seperti Malaysiaku lol

*Terutamanya kepada senior Malaysian:Thalhah, Shakir, Umar these people really made my first year unforgettable.
Masih ingat lagi masakan korang time first time aku datang sini hehe


2017


2018



0 comments:

Post a Comment

 

Quote

"Fall seven times, stand up eight"

Follow me!