Wake UP

 Dari Temoh ke KL. Satu jarak perjalanan yang jauh tapi thanks to ETS, yang jauh nampak macam dekat. Only 1 hour 45 mins. Heheh Niat aku hanya satu, hendak menuntut ilmu untuk improve my English. Thanks to Bank Negara for the sponsor. Dah noob English kena belajar lah kan!

 Bila aku mula bercampur dengan scholars lain, punya lah malu aku. Semuanya hebat hebat. Speaking ibarat air sungai yang deras mengalir. Aku pulak hanya lah tersenyum dan mengangguk angguk agar nampak aku memberikan respond yang amat bagus. Lol! Memanglah padu kan sebab semuanya tinggal di urban area. Family background mereka pon semuanya high profile and no wonderlah mereka semua hebat. Tapi alhamdulillah rakan rakan aku ni dapat accept diversity dengan hati yang terbuka. ☺️

 Suddenly aku berfikir sejenak, kenapa mostly scholarships received by these guys! Mana lagi orang macam aku? Bukan ke kami lebih memerlukan lagi ke duit tu!? Tapi hakikatnya academic,cocurricular activity and ability to communicate are the quality that sponsors want from the students. Iya memang tak semua yang duduk urban area berjaya tapi still banyak yang berjaya. Yeah duduk kat bandar kan semuanya ada, boleh improve academic sebab pusat tuition berlambak, boleh belajar music lah, boleh belajar speaking lah and banyak lagi especially yang mampu! That's why diorang semua ni hebat.Tapi bagaimana pula dengan golongan yang di luar bandar ni? Mana perginya geng aku yang lain. 😢

 Acquiring a scholarship, belajar sampai phd or dapat kerja yang bagus bukan lah pengukur kejayaan yang sebenar. Tapi actually semuanya berpeluang untuk mencapai list di atas ni. Aku merasakan lebih ramai macam aku yang dapat this honor lagi lah bagus. Alhamdulillah keluarga aku senang. Tapi lebih bagus lagi kalau orang yang kurang senang daripada aku. Tapi di dunia realiti ni, tak kira lah yang senang atau susah semua kena bersaing. Walaupun mereka ada banyak kelebihan, ingatlah Allah itu Maha Adil.

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum tu melainkan kaum itu sendiri mengubah apa yang mereka ada." Ar-Rad ayat 11

Aku pon dari golongan orang biasa biasa je. Alhamdulillah ibu bapa ku telah menghantar aku ke sekolah dan selalu support aku. Plus tinggal di Temoh lagi. Walaupun aku masih jauh lagi nak mencapai kejayaan, alhamdulillah aku berada di landasan yang benar inshaaAllah. Walaupun kadang kadang aku rasa rendah diri sebab rakan rakan ku yang lain hebat, tapi aku sentiasa yakin dengan kelebihan diri yang aku ada. Yeah walaupun takde advantage macam mostly diorang kan! Subhanallah mungkin sebab aku ada azam yang tinggi untuk capai kejayaan! Heheh

 InshaaAllah kalau ada vision yang tinggi serta usaha dan doa yang berterusan, semuanya boleh berjaya. Jangan terlalu selesa walaupun mana mana situasi pon. Belajar lah sungguh sungguh and cuba improve ourselves. Show to the world that we can also achieve success.

  Aku harap lebih ramai daripada golongan aku in the future dapat acquire scholarships ni bukan sebab ihsan orang tetapi kebolehan yang mereka tonjolkan. Biar lah orang daripada golongan aku pon dapat banyak masuk ke universiti sebab kebolehan academic mereka. Bila semua orang pasang niat macam ni, lagi ramai la orang yang hebat hebat kan? Malaysia pon lagi maju😁

*Note to myself too :)


0 comments:

Post a Comment

 

Quote

"Fall seven times, stand up eight"

Follow me!