Dream Comes True - Ziarah Madinah (Day 1)

Assalamualaikum! Alhamdulillah, hajat ana nak ziarah salah satu tempat suci telah pon tercapai. Setelah 8 jam flight dari KLIA ke Jeddah dan 5 jam perjalanan dari Jeddah ke Madinah,sampai juga ke Madinah ni. Kami arrived dalam 1 pagi waktu sana (waktu Malaysia dalam 6 pagi). Walaupun penat travel, excitement nak menjejakkan kaki ke Masjid Nabawi tu mengenepikan segala kepenatan.Alhamdulillah dapat la juga ana menunaikan solat Subuh berjemaah di Masjid Nabawi.
 


Subhanallah,it's beauty is beyond words.

Around waktu Dhuha pula, alhamdulillah ana berpeluang solat di Raudhah iaitu Taman Syurga. Raudhah ni sebenarnya adalah spot favourite baginda untuk melakukan ibadah dan sebagainya. Area Raudhah ni berhampiran dengan mimbar masjid.Siapa yang beribadah dan berdoa kat sini, In Shaa Allah akan makbul doanya. Sebab tu ramai yang berebut rebut nak beribadah kat area ni.Memang kalau kita nak solat di situ kita kena cop tempat awal awal. So anybody yang ade hajat nak kahwin awal ke or anything else boleh la datang ke bumi suci ni ye heheh.


Berhampiran dengan Raudhah, terdapat Makam Rasullah, Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar. Memang sesak la jugak dekat area situ and kita juga perlu membaca doa doa tertentu apabila menziarahi makam-makam ni. 


Berhampiran Masjid Nabawi jugak, terdapat Perkuburan Baqi' iaitu tempat bersemadinya para para sahabat nabi serta umat Islam yang lain. Ana ingin sangat nak menziarah area ni. Tapi sayang, area ni ditutup dan dibuka apabila ada upacara pengebumian sahaja.


And lastly, nampak tak kubah yang warna hijau tu? Itu laa kubah time zaman Rasulullah dulu. Subhanallah still lawa lagi even though dah berapa ratus tahun. Berkat pengorbanan baginda yang tabah dan sabar menyebarkan agama Islam, alhamdulillah Islam telah berkembang selari dengan arus perubahan zaman.
*Plus, you can drink gallons of Zam Zam water here !

Hamba Allah~ Fahim Aqil


0 comments:

Post a Comment

 

Quote

"Fall seven times, stand up eight"

Follow me!