Hamba Allah ~~ Fahim Aqil
Assalamualaikum! Alhamdulillah after 12 days journey to Madinah and Makkah, finally I'm back Malaysia ! Mesti ramai yang rindu aku kan haha. Alhamdulillah walaulun trip to quite short, terlampau banyak hikmah yang ana pelajari sepanjang ana berada di sana. 50% masa aku berada di sana digunakan untuk beribadah kepada Allah setiap hari. Alhamdulillah, satu perkara yang memang mustahil dicapai berbeza kalau duduk menternak lemak kat rumah haha. Ketika aku berada di Makkah, kena berjalan 20 minit ulang alik dari hotel ke Masjidil Haram. So jumlahnya dalam 40 minit setiap waktu solat. Plus, kena bangun pukul 3 pagi setiap hari sebab nak duduk dalam saf and kena datang awal sejam ke masjid. Kalau tak kena solat di luar. Yap, it was extremely tiring and pada mulanya ada juga la mengeluh sebab tak biasa.Terlalu banyak sangat spend masa untuk hiburan maybe rather than ibadah kepada Allah.Astaghfirullah. Alhamdulillah berkat gesaan ayah untuk beribadah, tiba tiba rasa senang pula nak pergi walaupun kena spend almost 12 jam sehari di masjid. Yes, itu lah kelebihan bila kita pergi ke bumi suci ni. Sesiapun yang pergi sana memang 12 jam ni normal untuk diorang. Amal ibadah meningkat 100x than normal yang kita buat. However, aku sentiasa mengingati diri sendiri,umrah yang maqbullah bukan nya diukur dengan berapa banyak ibadah kita buat di sana. Umrah maqbullah dinilai dengan perubahan kita selepas umrah. Plus, kita juga perlu istiqamah melakukan ibadah walaupun tak banyak disamping sentiasa berusaha meningkatkan amal ibadah kita. Guna kan tenaga yang kita ada ni untuk beribadah before it's too late !
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment