Assalamualaikum ! Untuk post ni, ana nak share ilmu tentang Jabal Uhud iaitu lokasi berlakunya Perang Uhud. Mesti semua tahu kan about Perang Uhud ni? Ini lah lokasi kekalahan pertama umat Islam menentang Kafir Quraisy. Walaupun perang ni sounds menyedihkan, ana tersentuh dengan pengorbanan sahabat baginda yang teguh menegakkan syiar Islam dan melindungi Rasulullah dari serangan musuh. Bayangkan ada sahabat baginda *lupa namanya* yang memegang panji Islam menggunakan lututnya biarpun kedua dua belah tangan dia telah dipotong dan akhirnya sahabat itu shahid dipancung musuh. Then, sahabat baginda such as Saad bin Abi Waqas sanggup melindungi baginda biarpun belakang badannya ditusuk penuh dengan arrow pihak musuh. Mereka sanggup berkorban apa sahaja untuk Rasulullah. Subhanallah. Mudah mudahan kita dapat mencontohi sahabat sahabat baginda ni.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Nama sahabat yang memegang panji bendera islam itu ialah Mus'ab bin Umayr.
ReplyDelete